Tuesday, October 12, 2010

KATA-KATA ALUAN PRESIDEN


Tuan Haji Mohamed Kassim bin Abdul Hameed, PJK.

Bismillahirrahmannirrahim, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinNya Persatuan India Muslim Seremban, Negeri Sembilan (PIMS)  sedang berusaha ke arah memiliki bangunan sendiri yang merangkumi sebuah surau, dewan serbaguna dan pejabat persatuan.
 
Kini sudah tiba masanya bagi masyarakat India Muslim di sekitar daerah Seremban memiliki sebuah bangunan yang lebih luas memandangkan jumlah penduduk yang kian meningkat serta aktiviti keagamaan yang mendapat sambutan agak menggalakkan.

Justeru itu, saya amat berharap agar tuan-tuan dan puan-puan dapat menyokong usaha murni PIMS dengan menyalurkan sumbangan anda supaya hasrat melihat tertubuhnya bangunan ini terlaksana, Insya Allah.

Saya mengucapkan jazakumullahu khair di atas sumbangan dan sokongan daripada semua pihak. Sekian, terima kasih.
 Gambar kenangan ketika sambutan Maulidur Rasul di Tapak Pembinaan Surau India Muslim Seremban.