Monday, October 11, 2010


PERSATUAN INDIA MUSLIM SEREMBAN
(NO. PENDAFTARAN : 0921-10-NSE)
Persatuan India Muslim Seremban didaftarkan kembali dengan nama baru pada 14 April 2010 dengan tujuan untuk menguatkan lagi hubungan silaturrahim di antara kaum India Muslim di daerah ini khasnya dan di antara kaum lain amnya, berasaskan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan sosial. Dahulunya persatuan ini dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Orang-orang India Islam Seremban dan ditubuhkan pada sekitar 1974.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan India Muslim Seremban yang telah ditubuhkan tiga puluh lima tahun dahulu dan kini mempunyai seramai lebih kurang 6,500 orang penduduk kaum India Muslim di seluruh Daerah Seremban dan adalah sangat giat aktif dalam aktiviti-aktiviti keagamaan dan sosial dalam meningkatkan talian silaturrahim di antara ahli khasnya dan masyarakat luar amnya.

Di bawah naungan persatuan ini telah ditubuhkan sebuah madrasah yang dikenali sebagai Madrasah Hidayatul Islamiah. Di madrasah aktiviti-aktiviti keagamaan sentiasa dijalankan seperti Sambutan Awal Muharam, Majlis Malam Asyurah, Maulidur Rasul, Solat Terawih, Solat Sunat Aidil Fitri dan Aidil Adhah. Untuk menjalankan segala aktiviti keagamaan dan sosial ini, sejak 15 tahun yang lalu kami telah menyewa sebuah bangunan di Jalan Yam Tuan, Seremban di mana ianya digunakan sebagai surau dan pejabat persatuan.

Pada tahun 1995 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah menyumbangkan kepada persatuan ini sebidang tanah di Jalan Medan Rahang, Seremban dengan luas kawasan sebanyak 4,620 kaki persegi untuk membina sebuah surau.

Pada awal tahun 2009, AJK persatuan telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan tiga tingkat di atas tapak tersebut di mana ianya mengandungi dewan serbaguna di tingkat bawah, sebuah surau di tingkat satu dan pejabat persatuan di tingkat dua. Anggaran kos untuk membina bangunan tiga tingkat ini adalah sebanyak RM 1,286,000.00 tidak termasuk kos arkitek dan jurutera di mana disumbangkan percuma oleh ahli persatuan ini. Arkitek untuk projek ini ialah Seni Reka Akbar dan jurutera ialah Nadi Consults.

Sehingga ke tarikh ini, dengan bantuan orang ramai dan sumbangan daripada individu, kami telah berjaya unutk menyiapkan bangunan ini ke tahap 60 peratus dan untuk baki dana, persatuan telah memohon kepada Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami:
Alamat:            
Persatuan India Muslim Seremban,
No. 110, Tingkat 2, Jalan Yam Tuan,
70000 Seremban, Negeri Sembilan.

No. Telefon:     
06 – 764 9599 (Pejabat)
019 – 653 5786 (Mohamed Kassim – Presiden)
012 – 685 9318 (Hussein Mideen – Timb. Presiden)
016 – 236 4786 (Mizan Sufyan – Setiausaha)
017 – 277 2253 (Sharif Kasim – Bendahari)

E mail:             
pims.contact@gmail.com